Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Outdated

Sepanjang ketiadaan hupdate kat blog ni.. macam-macam peristiwa berlalu tanpa di kongsi di sini.. antaranya

i) gi Bandung
ii) gi Phuket
iii) Sarah gone for her spinal operation to correct her Scoliosis problem
iv) Nadia sat for her SPM
v) SPM result Nadia
v) etc etc

Eh tak ada aktiviti menjahit ke? ada sikit... nak tahu apa.. I jahit patung bunny guna pattern downloaded from the internet.

Yang lain... jahit kain sekolah anak.. tak ada yang menarik sangat... tak de mood menjahit la..

Akhirnya... muncul balik...

Apa yang muncul? apa lagi saya lah.. tuan punya blog yang dah bersawang-sawang, entah2 dah berhantu ni...
Kemana menghilang? tak kemana2 pun sebenarnya.. cuma ada beberapa masalah kecil-kecilan je...
antaranya (alasan lah tu..)
i) password google tetiba tak valid..
ii) change password tak menjadi... nak add comment kat blog sendiri pun tak boleh!
iii) langsung dah fed-up nak contact google
iv) datanglah malas menjadi-jadi..

Tetiba hari ni... semua masalah2 di atas dah tak ada... enter password teruih boleh pulak!!

So... saya atas talian kembali... ada ke orang peduli? ke I ni syok sendiri?

Tak kiralah.. I memang ada blog untuk syok sendiri...

So... what??!! hi hi hi

Monday, August 8, 2011

Lamanya....

Lamanya tak update.... dah bersawang-sawang... baik kemas sekarang.. tak lama lagi nak raya... Selamat Berpuasa semua...

Tuesday, March 15, 2011

Sendai...MATTA fair

On Sunday baru-baru ni, me and hubby jalan-jalan ke MATTA Fair.. memang plan nak purchase holiday package... and we did purchase one domestic family holiday package. Another holiday package for both of us je...  nak kena check flight ticket dulu baru boleh booking the holiday package...

Jalan punya jalan kat PWTC tu, ternampak booth Japan Tourism - City of Sendai... I pun say hello kat gentleman depan booth tu.. teringat Sendai was hit with the earthquake and followed by Tsunami waves.

I just say how sorry I am for the people of Sendai. He smiled and bowed to say thank you in return. And to my surprise, as I was about to walk away from the booth, he came from behind and tapped my shoulder and he presented me with some kind of Japanese art/drawing. Cantik. Nanti boleh frame tanda kenangan.

Setengah hari kat MATTA fair, kaki dah sakit, perut pun lapar.. naik komuter from Putra to Midvalley... makan beef teppanyaki... dah kenyang balik naik komuter lagi terus ke Seremban. Manusia kat komuter station toksah cakap la... punyalah ramai!

Friday, February 11, 2011

Kisah si taxi driver

Al kisahnya... kelmarin saya ke office naik komuter from Seremban ke Shah Alam. Transit di KL Sentral ambik tren to Pelabuhan Klang tapi turun di Batu Tiga. From there naik cab to office at Seksyen 26. Panjang betul perjalanan makcik ya. Apalagi sampai lambat lah ofis. Hari ni pool transport not available and makcik pulak tak nak drive.

So.. masa kat stesen Batu 3, saya naiklah salah satu teksi yang banyak beratur di luar stesen.. Macam biasa, the taxi driver mesti nak penuhkan teksi dgn penumpang. kalau boleh tak nak bawak seorang penumpang je. Dan seperti biasa jugaklah (dah beberapa kali jugak bila naik teksi kat sini) saya ber'jodoh' naik teksi dengan satu perempuan ala-ala bukan warganegara sini yang nak ke ofis Digi kat Shah Alam ni. Pagi tadi pun sama, dia dah masuk teksi dengan satu mamat senegara dia. Elok-elok dah duduk, datang the taxi driver suruh dua manusia ni keluar gi naik teksi belakang. Diaorang pun keluarlah dari teksi tinggallah saya seorang. Saya pun suka jugak, bukan sebab dapat berdua-duaan dgn taxi driver tu ya.. jangan salah faham pulak...

Saya suka sebab taxi tu boleh terus hantar saya ke pejabat without melencong hantar diaorang ke Digi dulu. Makcik kan dah lambat sangat ni. Dah pukul 10.00 a.m tau! 

Taxi driver terus drive sambil buka cerita. "Saya bukan tak nak hantar tapi saya dah serik dah dengan diaorang ni... foreigner ni kurang ajar sikit... ada ke mula-mula dulu.. dia marahnya kita (merujuk pada perempuan kerja kat Digi tu) ...bla bla... ada orang arab .... pakai kaki... tendang (buka) pintu... bla..bla..... . Saya cuma mencelah sikit-sikit je... mengiyakan saja cerita dia... takut pulak nanti saya pun dia tak nak hantar... si taxi driver terus sambung... kalau pak arab, selalunya kurang ajar.. meter tunjuk RM25.00 dia bayar RM10.00 je... dari Shah Alam ke KL tu! ... bla...bla... dah badan besar... bla..bla... merungut2 si taxi driver tu lagi...

Bila sampai ofis, saya pun terfikir jugak cerita dia... saya pernah terserempak dengan perempuan foreigner yang kerja kat Digi tu beberapa kali kat Stesen KTM Batu 3 sebelum ni... dan beberapa kali jugak naik teksi dengan dia duduk sebelah-sebelah... and of course teksi tu hantar dia dulu... tapi sekalipun dia tak pernah nak senyum dengan saya walaupun saya pandang dia ... saya senyum? entahlah saya rasa macam nak senyum tapi tak jadi sebab muka dia selamba macam tak heran nak senyum dengan saya... ada jugak betul kata si taxi driver tu... saya mulai setuju dengan si taxi driver tu.

Entah-entah si foreigner pekerja Digi tu pun kata saya ni ...  malaysian ni... pun sombong... 



  

Friday, September 3, 2010

Tak malu betoi!

.

Ada ke di hari Jumaat waktu ~1.15 p.m. di bulan ramadhan ni... orang berpusu-pusu ke masjid, yang mamat sorang ni menyibuk je kat booth tudung, pilih-pilih tudung dengan girlfriend??!!

Sungguh tak tahu malu!!!

Ingatkan senang sikit waktu tengahari, tak de orang lelaki, bolehlah cuba-cuba tudung fareeda yang chiffon cantik berlapis-lapis tu... Ada pulak mamat tersesat ni... dia pulak dok sibuk pilih-pilih tudung, elok kita nak pegang tudung yang itu, ehh dia pun sama dok nak ambik jugak tudung tu...boleh!!

My friend dengan I tadi terus meluat and macam tak comfortable langsung nak pilih-pilih tudung tu... dahlah booth tu luasnya sekangkang kera je boleh pulak asyik dok selisih bahu dengan mamat ni! Dia sorang je lelaki kat situ!!

Isshhh!!! I tak suka tau!!!!

Finally, tudung tak dapat (kaler tak sesuwai), panas hati yang dapat... sabar ya kak ooi ... ni kan tengah puasa...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa...

...kepada semua kenalan dan handai taulan... semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini...

... punyalah susah nak kejut Hajar for sahur... siap babah kena dukung sampai ke dapur lagi... pas tu mama kena suapkan nasi... itupun makan tiga suap je... lepas minum dia tidur balik...

... punyalah susah jugak nak kejutkan Hajar bangun pi sekolah... siap buat perangai ..nangis-nangis lagi tak nak gi sekolah... akhirnya mandi jugak dan terus hantar dia ke sekolah...

... punyalah I mengantuk pagi ni.... maklumlah bangun sahur awal sikit.... walhal sebelum ni pun bangun jugak sahur untuk ganti puasa 2 minggu berturut-turut sebelum Ramadhan ...

.

Tuesday, August 3, 2010

Last minute..

.
apa lagi... ganti puasa le... teruk betoi tahun ni... sampai dah nak masuk Ramadhan puasa ganti tak habis-habis. Tak pe lah janji ganti puasa. Sebenarnya since last week I puasa. Yang bestnya my husband pun puasa sama.. so bila balik kerja sampai rumah je terus bergegas masak untuk berbuka.. sempat lagi masak yang simple-simple.

Itulah rezeki orang berpuasa.. nikmatnya ketika berbuka... walaupun masak makanan yang simple je... tapi terasa tersangatlah sedapnya. Like yesterday I fried meehoon with udang... malamnya masak nasi and sotong masak kicap.

What about today?... maybe nak buat spagetti je kot... or maybe nak buat kuih buah melaka... isshh belum tengahari dah berangan nak makan apa masa berbuka... eh tadi nampak resepi lady ... tofu stim ...sedap jugak..

Wednesday, June 16, 2010

dah kerja balik...

.
Today's my first day at work for this week... punyalah agak malas... tapi siap jugaklah whatever pending from last week.
.
4 days in a row dah bercuti-cuti, berehat-rehat.. my initial plan was to include sewing activity in between... but... what did I do? I cuma sempat lipat-lipat my cotton stash and continued with some beading for my baju kurung.. bilalah nak siap ni??.. I have started the beading since early May until now it was only 75% completed. Malas betul lak akak sekarang ni... sungguh tak productive!
.
Tapi tak pe... this weekend, I have one important project to be completed besides my beading work... apa dia?...biarlah rahsia..ceewahh...nyampah...

Tuesday, June 15, 2010

Cendawan

.
sepasang cendawan and anak cendawan??


this was real... not artificial tau...
.
Those mushroom were spotted infront of my neighbor's front gate. It was quite a not so normal for me to find quite a big size of those ... and quickly grabbed my camera and snapped them. Besar jugak sizenya for a normal mushroom, kalau button mushroom ke, cendawan busut ke tak pernah la jumpa this big... the diameter was about 5~6 inches...

Monday, June 7, 2010

Tipah tertipu...

.
I pernah buat posting ini and link to the blog tak lama dulu.. Siap tuan punya blog itu pun pernah comment my post lagi. Ada my friend tu punyalah kesian kat dia bila baca blog dia yang kononnya dia menunggu hari je nak mengadap Ilahi.
.
Sungguh tak ku sangka.. cempedak menjadi nangka... one of my blog reader kat office ni pagi-pagi lagi dah datang report kat I.. "kak ain nak tahu tak.. blog safwan husaini tu penipu rupanya...bla...bla...". I punyalah terkejut. Eh betul ke? She continue by saying "cuba tengok blog ni... nanti I e-mail kat you". And the lovely lady yang putih gebu ni pun tak lama lepas tu e-mail to me the link. Sila lah pergi sini dan sini.
.
Apa nak kata ya.. percaya dengan tak je. I taklah mengikuti sangat blog si mamat tu. My friend yang si putih gebu ni yang kesiannya almost everyday dok membaca blog dia, yang gelihati tu kadang-kadang sampai 2 pagi. I rasa bersalah pun ada sebab si putih gebu ni tahu pasal mamat ni from reading my blog la.

Si mamat ni tulis blog dia ala-ala cerpen/novel. Tu yang panjang lebar tu. Bermadah puisi lagi.. Masa mula-mula baca blog dia tu ada jugak terdetik.. eh kalau sakit tenat sangat takkanlah sempat tulis cerpen bagai... macam sihat je...

Kesian sampai Aznil kat Era tu pun kena tipu... Alahai.....

...auta je yang lebih...


Saturday, June 5, 2010

Benci Bilang Cinta


My eldest daughter, Nadia suka sangat tengok cerita ni petang-petang. Kalau I sampai rumah awal after office, selalu dia tengah tengok cerita ni. I pun tumpang sekaki. Lama-lama macam enjoy je dengan kisah Benci Bilang Cinta ni on Astro 104.

On Saturday from 6.00 p.m sampai 9.00 p.m. ada marathon cerita ni. Kalau tak sempat weekday boleh tengok weekend.

My husband cakap.."Laa mama dia pun tengok cerita anak dia ke??"

Tak kisah lah..

Sabar je lah...

.
I was on leave yesterday.. nak ambil report card anak.. padahal sekejap je tapi ambik cuti the whole day sebab mengenangkan malas nak bersesak-sesak masa nak balik office petang nanti, maklum lah saya ni kan pengguna highway Elite & KL-Sban yang tegar, last day before school holiday and also the next day tu on Saturday is the public holiday.. Agong's birthday, mesti sesak.

Through my experience... kalau Friday nak cuti macam tu highway mesti kelam kabut sikit sebab banyak kereta, bila dah banyak kereta.. selalunya mesti ada accident kecil/sederhana/besar (kalau boleh mintak dijauhkan Allah). Kalau dah ada accident mesti dua-dua hala highway jammed. Baik akak cuti je.

Sebenarnya nak mengomel pasal ni... lepas ambik report card Sarah, terus ke TMPoint. Niat nak hantar telephone rosak and dapat yang baru. Dah seminggu telephone tu rosak. This is not the first time rosak dah masuk 3 kali dah. The previous 2, the TM technician came over to the house and tak banyak cakap terus tukar telefon baru. Habis cerita. But this time bila called 100 tu dia suruh kita call 1 300 xxx xxx. Bile call 1 300 tu dia suruh kita pergi to the nearest TMPoint and test itu telephone. Bila dah confirm rosak boleh terus tukar dapat telefon baru kat situ. I told the online help desk tu yang sebelum ni tak payah pun kena pergi TMPoint pun... technician datang rumah terus tukar je. Dia insist jugak I pergi. I said OK lah.
.
Bila dah pergi TMpoint, dia boleh kata... kena call 100, kena buat report dulu. Apalagi makcik terus naik hangin satu badan sebab dahlah susah nak dapat parking, dapat pulak jauh sikit kena jalan panas-panas, dah sampai dia suruh kita call 100, padahal bila I call 100, dia suruh kita call 1 300. Bila call 1 300 dia suruh kita pergi TMPoint. Bila kita dah sampai kat TMPoint, dia suruh kita call 100 balik! Eh! mana satu ni!!??? Ingat akak seronok naik main merry-go-round ni ke??
.
Sebelum keluar.. I said "Laa nak kena call 100 pulak ke? I dah call, dia suruh call 1 300, suruh datang sini. Dah lah susah nak dapat parking". I terus keluar dengan muka masam. Isshh....

Tuesday, June 1, 2010

Duit hilang....

.
Siapa pernah hilang duit/purse?... I pernah sekali... balik rumah dengan cab... dalam cab keluarkan duit.. pas tu letak purse on my lap... bila turun lupa... dahlah purse warna hitam.... jatuh from my lap ...tak sedar... terus masuk rumah... esoknya public holiday... dah petang baru sedar purse tak ada... ingatkan jatuh dalam cab malam tu... terus pergi tempat teksi tu jumpa the taxi driver... siap ingat lagi sapa driver taxi tu... pakcik tu cakap tak nampak pun purse masa dia cuci teksi dia... terus I report polis sebab all my IC etc. hilang. After about a year... my daughter main kat playground depan rumah jumpa one of my cards with my name on it kat dalam longkang. Ish anak I yang sorang ni dalam banyak-banyak tempat dalam longkang yang paling dia suka main. Itulah kisahnya...
.
Yang ini pulak kisah duit salary hilang dari bank account. Nak terus terang cakap ...Maybank ...tak selamat jugak sang harimau ni...
.
One of our officemate.. pergi ATM nak keluarkan duit...maklumlah gaji dah masuk baru-baru ni ... tekan-tekan tak ada ...the balance was only RM6.00 !!!! Punyalah terkejut. Ingatkan tak masuk gaji lagi, rupa-rupanya bila check dengan bank... dah ada transaction from her account to another account. Boleh macam tu?? Sungguh tak selamat!! Ada ke duit gaji orang lain can simply transfer/curi.
.
Bank tengah investigate. Macam mana bank ni punya security system. Sungguh tak secure!! Kesian.... we all pun buat collection untuk meringan beban...
.
Baik check your bank account balance...

Kepocinya...

.
Last night, masa I keluar rumah nak kunci pintu pagar, tiba-tiba macam terdengar dari jauh arah depan suara kuat lelaki macam marah-marah... marah kat anak kot... I just ignore.. Bila nak masuk rumah.. terdengar lagi.. kuatnya suara tapi tak berapa clear apa yang dimarahkan.. I berpaling semula. Rupa-rupanya dari arah rumah di hadapan.. Agak jauh jugak jaraknya... depan rumah ada padang and rumah orang yang marah-marah tu di seberang padang tu...
.
Yang menggelikan hati tu bila diingat-ingatkan I siap patah balik ke arah pintu pagar dan terhendap2 dicelah pintu pagar memerhati kearah seberang sana... di sebalik pokok-pokok tu nampak macam kelibat orang lelaki dewasa mundar mandir... Nasib baik porch I memang tutup lampu.. tak de lah nampak sangat makcik ni terintai-intai. After a while antara dengar tak dengar dah suara orang tu I pun masuk rumah.. beritahu my hubby tapi my hubby kata masuklah tak yah ambik tahu. I said oklah. Masa tu dah 10.30 p.m lebih kurang...
.
Makcik yang kepoci ni pun naik atas, tiba-tiba dengar orang perempuan menjerit and suara kanak-kanak menangis.. I punyalah terkejut... terus menerpa ke tingkap my bedroom. Apalagi nampak lagi clear dari kat bawah tadi. I clearly nampak the neighbours meluru keluar dari rumah masing-masing and suddenly dah macam ada orang jual ubat kat situ. I terus mengintai pulak dari tingkap bilik. Suara lelaki marah2 punyalah kuat. I rasalah bergaduh suami-isteri kot. I punya curious nak tahu..punyalah kepoci.... finally I dah fed-up.. I turun bawah masukkan baju dalam machine..baik I finish up my laundry..
.
Last sekali right before I went to bed... I jengok keluar tingkap lagi...punyalah kepoci lagi...... neighbours still ramai kat depan.. and ada kereta polis lagi!! Eh bila pulak polis datang ni? I must have missed that part masa buat laundry tadi. Masa tu dah about 12.40 a.m.
Lamanya drama malam tadi.... I wonder... entah-entah orang lelaki tu dah kena tangkap polis tak???
.
And this morning.... guess what.. I hantar anak I gi sekolah... on the way balik I sengaja lalu depan deretan rumah tu.... kepocinya... I saw one of the neighbours tengah story-story kat neighbour lagi satu... entah-entah cerita malam tadi... kepocinya kita semua....

Wednesday, May 19, 2010

Sepatutnya hari ni....

Ya... sepatutnya hari ni I dah terbang ke Ho Chi Minh City dah.... tapi ...apakan daya kaki tak sampai.... tiket Air Asia dah lama beli... plan nya nak pergi beramai-ramai rombongan cik kiah kat office ni. Akhirnya tiket tu 'burn' gitu je...
Kenapa tak jadi pergi??? Sebabnya...................my husband tak izinkan!!!
Tu lah...lain kali tanya dulu baru book tiket...ini tidak...beli tiket dah 2, 3 hari baru nak bagitahu...
Tak pelah...I kan nak jadi isteri mithali.... huuuahhhhhhhh

Tuesday, May 11, 2010

Berjaya jugak akhirnya...

.
Percaya tak?? Seumur hidup I tak pernah masak/tanak pulut. Malu sebenarnya nak beritahu. Bila nak buat khatam Quran for my daughter couple of years ago.. siap tempah pulut kuning dengan rendang ayam. Dulu masa arwah mak ada, selalu makan pulut kuning mak yang buatkan... lembut dan lemak ... sedap betul!!

Tiba-tiba teringin nak try masak pulut sendiri setelah melawat blog Lady ini. Thanks a lot for the simple recipe. Tengok pulut mangga and pulut ikan masin punyalah terliur. Lepas balik office, singgah kedai beli beras pulut, santan pekat, buah mangga and ikan masin. Punyalah bersemangat.

Dan akhirnya semalam I berjaya menghasilkan pulut ikan masin without the mangga sebab mangga habis kena pau! Tak pe.. lepas ni boleh buat lagi. Sorrylah tak hinggat nak ambil foto.. leka makan sampai terlupa.. Sumpah tau I memang masak... tak baik tau!!

My hubby said... "lepas ni you bolehlah buat kuih pulut seri muka pulak". I balas "yelah.. nanti I cari resepi untuk buat kepala pulut tu dulu".

Alamak! baru je tahu masak pulut (ikan masin je) dah kena buat kuih pulut seri muka pulak...

Monday, May 3, 2010

Roti Benggali....

.

Tahu tak roti benggali?? I panggil roti ni roti benggali... sebab kat Penang Benggali yang jual roti ni... ada yang panggil roti paun...

This morning, masuk kerja. one of my colleague, Mar, surprise me by giving me sebuku kecil roti benggali ni... oh... thank you sooooo much ... she just came back from Penang and brought a few of this roti benggali. OK next time if she balik Penang again, I would kirim lagi, maybe beberapa buku and of course la kirim duit sekali.. tak kan kirim air liur je kan??!!

Roti benggali ni kalau cicah dengan kuah kari memang sedap... nak nak lagi kari yang dah overnight... terliur I kat depan PC ni ... tak pe after this I will kecek another colleague nak mintak kopi kampung dia and boleh cicah roti benggali ni dengan black kopi kampung...

Kalau kat rumah, potong roti and then sapu dengan garlic butter and bakar atas pan.... memang sedap... cubalah...kalau tak sapu dengan butter and kaya je.. pun sodap...

Ok lah I nak gi breakfast... have a nice day ahead everyone..




Friday, April 30, 2010

Bilalah nak dapat ni....

.
My hubby have recently agreed to subscribe to this international weekly newsmagazine. I pun ada jugak magazine subscription tapi to another magazine. Apart of suka sebab dapat menambahkan bahan bacaan (konon-konon nya lah!), I suka dia punya free gift sebenarnya. This TIME dia punya free gift is a wheeled carryon set, consists of Traveler, Briefcase and Toiletry Bag. Best jugak! tapi yang tak bestnya sampai la ni tak dapat-dapat lagi free gift ni!
.
Eloklah tu ... my hubby leka dengan magazine tu, I pulak sibuk nakkan free gift dia. Yang pelik tu dia sikit tak tanya pasal free gift.. I pulak yang terlebih kepoci!!
.
Issh.. nak kena e-mail ni... nak kena komplen ni...

Monday, February 22, 2010

First anniversary...

This month, to be exact.. 3rd February marked my one year with this humble blog.. What's the achievement so far? ... Well, among others I've made lots of friends and improve (tak banyak sikit la) my writing (mengarut) skill la kunun....
Unlike other bloggers... I did not throw any Giveaway... please forgive me... lagipun there is nothing to offer ... as I am sooo busy with my sister's wedding preparation..
Thank you to all my cyber-friends out there and do come again o.k. (of course bila ada new entry from me la). I welcome all comments for improvement...