Monday, August 8, 2011

Terbang lagi .... sebelum Ramadhan

... ni pemandangan di atas awan ... macam di awang-awangan... puncak gunung tu di atas awan ... more than 30,000 ft above sea level...

kelompok-kelompok awan tu sekali tengok macam ombak-ombak laut la pulak... tak sure pulak gunung apa... Gunung Merapi kah itu???

Yes... we were in Jogjakarta last month, jalan-jalan cari makan.. cari Merapi... di manakah dikau... bersembunyi di balik awan rupanya kamu ya..

Kampung di kaki Gunung Merapi

Hutan yang habis terbakar semasa letusan Merapi Nov 2010




peliknya banyak rumah yang musnah mesti ada lukisan potret gadis yang tak nampak muka ni..

ni.. ada lagi potret ni...


inilah penempatan sementara... rumah dari bambu...

ini sekolah Tadika ... kesiannya.. ada gelongsor je...


Merapi ..... selalu di hati penduduk kaki gunung ini....




Lamanya....

Lamanya tak update.... dah bersawang-sawang... baik kemas sekarang.. tak lama lagi nak raya... Selamat Berpuasa semua...

Sunday, April 24, 2011

bertukar!


asalnya yesterday was a shepherd pie... tapi tak habis... korek semua masuk dalam smaller punya baking dish.. tambah pasta tomato sauce... tutup dengan pastry...  taraa  ... jadilah beef pot pie pulak hari ni.   Dah beberapa kali buat chicken je... kali ni buat beef la pulak... chicken dah habis... 

I sertakan resipi Chicken pot pie khas untuk kawan2 lama Irina, EE, Julaili, Norizah Baba ... jgn tak cuba sebab senang sangat dan sedap.

Bahan2:
Garlic - cincang
Onion - dadu
carrot - dadu
kentang - dadu
Celery
kacang peas - kalau suka (semua org dlm rumah I tak suka)
isi ayam - potong kecik2
mushroom - I guna button mushroom (hiris nipis2), kalau tak ada oyster mushroom pun boleh (koyak halus2)
1 tin sup cendawan Campbell
origano
lada hitam - kasar-kasar
butter & sikit minyak - untuk tumis
pastry - jenama 'kawan' - I beli kat giant


Cara:
1. tumis garlic dan onion sampai wangi.
2. masukkan carrot, kentang, celery, peas... masak sampai agak lembut
3. masukkan isi ayam dan cendawan... kacau rata.. masukkan rempah origano dan lada hitam
4. masukkan sup campbell ... biar agak mendidih.. masukkan sikit garam
5. biar kuah agak pekat... jgn sampai kering pulak.. sebab pot pie ni sedap bila makan ada kuah sikit
6. sendukkan isi pie ni dalam baking dish dan tutup dgn pastry
7. sapu kuning telur dan tabur dgn origano. tambah daun rosemary pun boleh untuk hiasan
8. Bakar dlm oven 25 - 30 mins at 180 C

Selamat mencuba..


Tuesday, March 15, 2011

Sendai...MATTA fair

On Sunday baru-baru ni, me and hubby jalan-jalan ke MATTA Fair.. memang plan nak purchase holiday package... and we did purchase one domestic family holiday package. Another holiday package for both of us je...  nak kena check flight ticket dulu baru boleh booking the holiday package...

Jalan punya jalan kat PWTC tu, ternampak booth Japan Tourism - City of Sendai... I pun say hello kat gentleman depan booth tu.. teringat Sendai was hit with the earthquake and followed by Tsunami waves.

I just say how sorry I am for the people of Sendai. He smiled and bowed to say thank you in return. And to my surprise, as I was about to walk away from the booth, he came from behind and tapped my shoulder and he presented me with some kind of Japanese art/drawing. Cantik. Nanti boleh frame tanda kenangan.

Setengah hari kat MATTA fair, kaki dah sakit, perut pun lapar.. naik komuter from Putra to Midvalley... makan beef teppanyaki... dah kenyang balik naik komuter lagi terus ke Seremban. Manusia kat komuter station toksah cakap la... punyalah ramai!

Friday, February 11, 2011

Happy Birthday Hajar.....

Today's, my youngest daughter, Hajar's 8th birthday.. kalau ikut tahun masihi lah...
Kalau ikut tahun hijrah birthday dia ialah 9 Zulhijjah bersamaan 11 February 2003, sehari sebelum hari raya Aidil Adha. Kalau ikut tahun hijrah maknanya Hajar dah lapan tahun masa hari raya haji yang lepas.

Photo kat bawah ni, tak ingat dia umur berapa, rasanya masa standard one dulu. Ini memang pokok mangga kegemaran dia dan kawan-kawan memanjat, mengalahkan budak lelaki...

tengok tu, pantang dapat keluar rumah, tengahari pun nak panjat pokok mangga kat depan rumah


bergayut kat dahan pokok... macam nak jatuh longkang.. 


but... finally she safely landed...

Hi people... my name is Hajar Sophia. I am 8 years old. Mama cakap, balik sekolah tengahari ni ada surprise bila masuk bilik... tak sabarnya nak dapat birthday present from mama, babah, kakak nadia and kakak sarah .. Bye.

Semoga Hajar akan membesar menjadi insan yang beriman, berbakti kepada agama dan keluarga dan masyarakat.. belajar rajin-rajin ya..