Sunday, April 24, 2011

bertukar!


asalnya yesterday was a shepherd pie... tapi tak habis... korek semua masuk dalam smaller punya baking dish.. tambah pasta tomato sauce... tutup dengan pastry...  taraa  ... jadilah beef pot pie pulak hari ni.   Dah beberapa kali buat chicken je... kali ni buat beef la pulak... chicken dah habis... 

I sertakan resipi Chicken pot pie khas untuk kawan2 lama Irina, EE, Julaili, Norizah Baba ... jgn tak cuba sebab senang sangat dan sedap.

Bahan2:
Garlic - cincang
Onion - dadu
carrot - dadu
kentang - dadu
Celery
kacang peas - kalau suka (semua org dlm rumah I tak suka)
isi ayam - potong kecik2
mushroom - I guna button mushroom (hiris nipis2), kalau tak ada oyster mushroom pun boleh (koyak halus2)
1 tin sup cendawan Campbell
origano
lada hitam - kasar-kasar
butter & sikit minyak - untuk tumis
pastry - jenama 'kawan' - I beli kat giant


Cara:
1. tumis garlic dan onion sampai wangi.
2. masukkan carrot, kentang, celery, peas... masak sampai agak lembut
3. masukkan isi ayam dan cendawan... kacau rata.. masukkan rempah origano dan lada hitam
4. masukkan sup campbell ... biar agak mendidih.. masukkan sikit garam
5. biar kuah agak pekat... jgn sampai kering pulak.. sebab pot pie ni sedap bila makan ada kuah sikit
6. sendukkan isi pie ni dalam baking dish dan tutup dgn pastry
7. sapu kuning telur dan tabur dgn origano. tambah daun rosemary pun boleh untuk hiasan
8. Bakar dlm oven 25 - 30 mins at 180 C

Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment

**Thank you and have a nice day ahead**