Sunday, May 30, 2010

Tak siap-siap

.
Banyak my projek menjahit tak siap-siap... macam mana ni? Antara yang dah start tapi belum siap ialah bag untuk seorang kawan yang jauh di selatan...yang sedang memandang ke arah selat teberau tu... tentu dia sudah jemu dan bosan menunggu bagnya yang tak siap-siap. Sungguh tak boleh di harap langsung si tukang jahit ini ya!
.
Sebenarnya banyak halangan (walaupun taklah sebesar mana) dalam nak menyiapkan sesatu projek tu (alasanlah tu!). Walau macam mana banyak alasan pun, saya akan tetap siapkan sikit demi sedikit.. Macam tadi ingat nak sulam butterfly, cari-cari kerta alas sulam pulak tak ada... mana pulak hilang nya ni? Tapi tak apa, kain ni dah cukup tebal, boleh terus sulam... akhirnya siap jugak butterfly biru itu.
.
Sekarang cuma tinggal nak cantumkan tangkai and lining sahaja. Sabar ya Cik Suraya...

Lain yang dirancang...

.
...lain jadinya.... sungguh! tak sangka cempedak menjadi nangka..
.
The plan was at the very last minute. On Wednesday last week, apartment reservation at Ilham Resort was open with unlimited booking. The company I am working with is so generous to subsidise the apartment rate. So, apa lagi I immediately booked 3 apartments for the weekend. Memang we all adik-beradik had planned earlier to get together over the weekend, so the booking was just the right time, right place and right budget as well.
.
One day after the booking (Thursday) was made, it was confirmed and I immediately called the resort to book the BBQ and everything seemed to be perfect. Everyone in the family was informed that we gonna spend the weekend together at Ilham. The last time we were there was some 10 years ago. Lamanya!
.
The next day after work at home I informed my hubby and to my surprise he could not join us for the weekend. Alahai... kalau dia tak dapat pergi, we all tak nak pergi jugaklah. Lagipun, kitakan baru pergi situ April lepas. So dipendekkan cerita, tak jadilah.. yang jadi just the two sisters.
.
Last minute cancellation is not possible. HR will still deduct my salary. So, I offered to my sister and her SILs. Lucky, they accepted and ended up we spend our weekend at home, apalagi kemas rumah, menjahit sikit2 and tengok wayang... Prince of Persia... best jugak!!!
.

Thursday, May 27, 2010

Ladies' coach

.
When I first heard about KTM komuter introduces the pink coach for ladies, I said, bagus jugak. The coach is special for ladies' only. Yet, the introduction of the ladies coach does not mean that the KTM Komuter management is sidelining the right of the male passengers. Do not get offended ye guys!
.
Yesterday, for the first time, I got to try the new service.. dah lama tak balik naik komuter ni sebenarnya. Since my pool transport was not available yesterday, I pun baliklah naik komuter and teringat pulak pasal this ladies' coach. I boarded the ladies coach ni at Stesen Bandar Tasik Selatan. Bagus jugak sebab dalam coach tu semuanya ladies.
.
Tapi, yang tak best nya bila sampai Serdang ada pulak mamat sorang ni tak reti bahasa masuk ladies' coach ni. Ada seorang kakak ni tegur cakap lelaki naik coach sebelah dia buat muka toya je. Ingatkan at the next station dia nak keluar from that coach, rupa-rupanya dia dengan muka tebal tak tahu malu and tak respect langsung all the ladies terus berada dalam coach tu sampai to his destination baru dia turun dengan muka poyo je. Geram betul I!! Masa dia berdiri depan I dalam tren tu, I pandang muka dia sambil jengil biji mata I, tapi dia tak faham bahasa betul!
.
Eh, I thought the coach suppose to be in pink? Semalam tak pink pun...

Friday, May 21, 2010

Baju Melayu

.
(L to R) Luqman, Naufal and Haqim

Salam hari Jumaat... terjumpa gambar ni masa browse thru the folder ... sungguh comel kanak-kanak 3 orang ni berbaju melayu sedondon. Berkilat-kilat lagi. Baru I perasan... sama kaler dengan cat dinding la... Eh lupa... kanak-kanak yang bercermin mata itu has turned 12 yesterday. Dah besar dah. That's Haqim, the one I mentioned in my post earlier. The photo was taken during Adik's wedding reception kat rumah mak last March.

I pun ada the same kain, belum buat baju lagi.. sebenarnya for my husband's baju melayu but... being soooo 'cerewet' (shhhh) , dia tak nak sebab berkilat2 katanya, boleh?? (I beli kain semua tu kat Bandung tau) I cadang buat baju kurung I je lah. Elok jugak. For the kenduri dia beli kain lain with not the same color for his baju melayu.


Thursday, May 20, 2010

Baru teringat.....

Today is ayah's birthday yang ke 67... tapi belum call dia lagi.. He share the same bithdate with my nephew Haqim. Happy birthday ayah and happy birthday Haqim... Haqim is 12 today... dah kena buat IC... semua kena bayar macam adult... no more half price ya...
My daughter, Sarah will also turn 12 this coming June 26... also no longer half price... tiket wayang dah kena bayar penuh lah Sarah...
What's the birthday present?? Ok lah, insyaallah we all buat makan-makan bila balik rumah mak hujung bulan ni...

Wednesday, May 19, 2010

Sepatutnya hari ni....

Ya... sepatutnya hari ni I dah terbang ke Ho Chi Minh City dah.... tapi ...apakan daya kaki tak sampai.... tiket Air Asia dah lama beli... plan nya nak pergi beramai-ramai rombongan cik kiah kat office ni. Akhirnya tiket tu 'burn' gitu je...
Kenapa tak jadi pergi??? Sebabnya...................my husband tak izinkan!!!
Tu lah...lain kali tanya dulu baru book tiket...ini tidak...beli tiket dah 2, 3 hari baru nak bagitahu...
Tak pelah...I kan nak jadi isteri mithali.... huuuahhhhhhhh

Tuesday, May 11, 2010

Berjaya jugak akhirnya...

.
Percaya tak?? Seumur hidup I tak pernah masak/tanak pulut. Malu sebenarnya nak beritahu. Bila nak buat khatam Quran for my daughter couple of years ago.. siap tempah pulut kuning dengan rendang ayam. Dulu masa arwah mak ada, selalu makan pulut kuning mak yang buatkan... lembut dan lemak ... sedap betul!!

Tiba-tiba teringin nak try masak pulut sendiri setelah melawat blog Lady ini. Thanks a lot for the simple recipe. Tengok pulut mangga and pulut ikan masin punyalah terliur. Lepas balik office, singgah kedai beli beras pulut, santan pekat, buah mangga and ikan masin. Punyalah bersemangat.

Dan akhirnya semalam I berjaya menghasilkan pulut ikan masin without the mangga sebab mangga habis kena pau! Tak pe.. lepas ni boleh buat lagi. Sorrylah tak hinggat nak ambil foto.. leka makan sampai terlupa.. Sumpah tau I memang masak... tak baik tau!!

My hubby said... "lepas ni you bolehlah buat kuih pulut seri muka pulak". I balas "yelah.. nanti I cari resepi untuk buat kepala pulut tu dulu".

Alamak! baru je tahu masak pulut (ikan masin je) dah kena buat kuih pulut seri muka pulak...

Friday, May 7, 2010

Rabun jugak....


Quite some time jugak I have noticed that my youngest daughter, Hajar mesti terteleng-teleng mata dia whenever she watched TV. I pulak quite some time jugak tertangguh-tangguh nak bawak pergi optician. Yesterday, sempat bawak dia and test mata, memang confirm rabun jauh and silau pun agak tinggi.
.
The optician suggested us to undergo another test with the eye specialist and then only come back for the glassses once dah confirm tahap rabunnya. Hajar tersangatlah sedihnya bila dengar kena jumpa specialist, terus takut. She's only 7 years old!
.
This morning I called the clinic and made an appointment to see the doctor on Friday next week. So, nampak gayanya all my daughters bercermin mata lah termasuklah babahnya pun baru bercermin mata sebab rabun dekat.

Thursday, May 6, 2010

Nasi Lemak buah bidara....

.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buah emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan..
(sungguh tak boleh dipakai baris terakhir ni!)
.
Ada ke macam tu? Agaknya tulah sebabnya ramai anak dara lari ikut mamat Indon balik Lombok. Kekasihlah kunun.... sampai sana kena buat kerja sawah lah, angkut air kat perigilah etc. Lepas tu baru teringat family nak balik sini.
.
Anyway, I suka pantun ni sebenarnya... Nak cerita ni sebenarnya ......I ate nasi lemak ayam (alamak! macamana nak diet ni?) this morning for breakfast.. sedap sungguh...!! One of our colleague, Fauziah, belanja we all semua sempena her birthday yesterday. Thanks Gee!! And we have another 3 friends yang share the same birthday with her. Patutnya kita yang belanja dia.. ini terbalik pulak... Last year we all buat makan-makan kat office. I ada buat entry pasal ni..

Anyway, happy birthday to them. May Allah bless them and all of us. Amin.

Note: I'm also worried... I have three grown up daughters ...

Tuesday, May 4, 2010

Another surprise...

.

I got another surprise this morning as I reached my desk kat office... there were 2 slices of chocolate cake (above photo) on my desk... I knew immediately who's the generous person tu... sapa lagi kalau bukan our innovative and creative baker... cik puan Vass. She bakes marvellous delicious cakes tau... (bodek nampak...hi..hi..)

Kenapa dia bagi I cake?? mestilah sebab I tolong jahitkan (repair) baju dia yang tailor tersalah alter tu! Yesterday I returned the baju to her. When she asked me how much ($$)...seperti biasa.. I kata...ala... tak payah lah...sikit je jahitnya... and seperti biasa she insisted... ok.. I said bake me a cake then... and to my surprise she agreed... and.. I do not expect it to be sooo fast...anyway..thank you Vass... bolehlah I jahit baju you lagi...

Macam sistem barter la pulak.... bertukar-tukar barang.....


Monday, May 3, 2010

Sunset..

.
This was the sunset by the seaside, Ilham Resort in Port Dickson. Me and hubby tak akan lepaskan peluang menyaksikan matahari terbenam setiap kali ke PD. Romantik la kunun....
We all sekeluarga spent one night at the beach resort a few weekend ago. Ajak a few friends to join us tapi semuanya couldn't make it. So... we all sekeluarga ajelah. We had BBQ at night. Seronok sangat...

Roti Benggali....

.

Tahu tak roti benggali?? I panggil roti ni roti benggali... sebab kat Penang Benggali yang jual roti ni... ada yang panggil roti paun...

This morning, masuk kerja. one of my colleague, Mar, surprise me by giving me sebuku kecil roti benggali ni... oh... thank you sooooo much ... she just came back from Penang and brought a few of this roti benggali. OK next time if she balik Penang again, I would kirim lagi, maybe beberapa buku and of course la kirim duit sekali.. tak kan kirim air liur je kan??!!

Roti benggali ni kalau cicah dengan kuah kari memang sedap... nak nak lagi kari yang dah overnight... terliur I kat depan PC ni ... tak pe after this I will kecek another colleague nak mintak kopi kampung dia and boleh cicah roti benggali ni dengan black kopi kampung...

Kalau kat rumah, potong roti and then sapu dengan garlic butter and bakar atas pan.... memang sedap... cubalah...kalau tak sapu dengan butter and kaya je.. pun sodap...

Ok lah I nak gi breakfast... have a nice day ahead everyone..