Friday, September 3, 2010

Tak malu betoi!

.

Ada ke di hari Jumaat waktu ~1.15 p.m. di bulan ramadhan ni... orang berpusu-pusu ke masjid, yang mamat sorang ni menyibuk je kat booth tudung, pilih-pilih tudung dengan girlfriend??!!

Sungguh tak tahu malu!!!

Ingatkan senang sikit waktu tengahari, tak de orang lelaki, bolehlah cuba-cuba tudung fareeda yang chiffon cantik berlapis-lapis tu... Ada pulak mamat tersesat ni... dia pulak dok sibuk pilih-pilih tudung, elok kita nak pegang tudung yang itu, ehh dia pun sama dok nak ambik jugak tudung tu...boleh!!

My friend dengan I tadi terus meluat and macam tak comfortable langsung nak pilih-pilih tudung tu... dahlah booth tu luasnya sekangkang kera je boleh pulak asyik dok selisih bahu dengan mamat ni! Dia sorang je lelaki kat situ!!

Isshhh!!! I tak suka tau!!!!

Finally, tudung tak dapat (kaler tak sesuwai), panas hati yang dapat... sabar ya kak ooi ... ni kan tengah puasa...

Tuesday, August 24, 2010

Bila buah hatiku buat perangai...

.
Inilah buah hati pengarang jantung ku...


tapi.... tak tahan bila dia start merajuk... mula-mula yang ni rosak... I pun hantarlah kat Singer service centre..

tak sempat nak ambik kawan dia yang kena servis and repair.... mesin ni pulak rosak... alamatnya tak leh buat apa-apa langsung... baru kejap tadi service centre tu call, beritahu harga repair... fuh! boleh tahan ... hari Jumaat ni dah boleh ambil balik.

nasib baik bukan yang ini buat perangai .... mahu nangis makcik...



Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa...

...kepada semua kenalan dan handai taulan... semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini...

... punyalah susah nak kejut Hajar for sahur... siap babah kena dukung sampai ke dapur lagi... pas tu mama kena suapkan nasi... itupun makan tiga suap je... lepas minum dia tidur balik...

... punyalah susah jugak nak kejutkan Hajar bangun pi sekolah... siap buat perangai ..nangis-nangis lagi tak nak gi sekolah... akhirnya mandi jugak dan terus hantar dia ke sekolah...

... punyalah I mengantuk pagi ni.... maklumlah bangun sahur awal sikit.... walhal sebelum ni pun bangun jugak sahur untuk ganti puasa 2 minggu berturut-turut sebelum Ramadhan ...

.

Monday, August 9, 2010

Giveaway

.

Comelkan apron kat atas tu.. sangat sesuwai untuk orang-orang yang rajin memasak seperti I ni... hihihi. Kalau nak try your luck silalah ke sini.

I memang suka join giveaway ni.. mana tahu kalau-kalau bernasib baik... tapi selalunya tak bernasib baik.. tak apa cuba lagi..

Tuesday, August 3, 2010

Last minute..

.
apa lagi... ganti puasa le... teruk betoi tahun ni... sampai dah nak masuk Ramadhan puasa ganti tak habis-habis. Tak pe lah janji ganti puasa. Sebenarnya since last week I puasa. Yang bestnya my husband pun puasa sama.. so bila balik kerja sampai rumah je terus bergegas masak untuk berbuka.. sempat lagi masak yang simple-simple.

Itulah rezeki orang berpuasa.. nikmatnya ketika berbuka... walaupun masak makanan yang simple je... tapi terasa tersangatlah sedapnya. Like yesterday I fried meehoon with udang... malamnya masak nasi and sotong masak kicap.

What about today?... maybe nak buat spagetti je kot... or maybe nak buat kuih buah melaka... isshh belum tengahari dah berangan nak makan apa masa berbuka... eh tadi nampak resepi lady ... tofu stim ...sedap jugak..