Banyak my projek menjahit tak siap-siap... macam mana ni? Antara yang dah start tapi belum siap ialah bag untuk seorang kawan yang jauh di selatan...yang sedang memandang ke arah selat teberau tu... tentu dia sudah jemu dan bosan menunggu bagnya yang tak siap-siap. Sungguh tak boleh di harap langsung si tukang jahit ini ya!
.
Sebenarnya banyak halangan (walaupun taklah sebesar mana) dalam nak menyiapkan sesatu projek tu (alasanlah tu!). Walau macam mana banyak alasan pun, saya akan tetap siapkan sikit demi sedikit.. Macam tadi ingat nak sulam butterfly, cari-cari kerta alas sulam pulak tak ada... mana pulak hilang nya ni? Tapi tak apa, kain ni dah cukup tebal, boleh terus sulam... akhirnya siap jugak butterfly biru itu.
.
Sekarang cuma tinggal nak cantumkan tangkai and lining sahaja. Sabar ya Cik Suraya...
No comments:
Post a Comment
**Thank you and have a nice day ahead**